English
This year, we received an incredible 11,033 artworks from 10,207 creative children aged 3–12 years old across Malaysia, making World Kids Colouring Day 2026 a truly inspiring celebration of imagination and creativity. Beyond celebrating creativity, every artwork submitted also contributed to a meaningful cause.
For every artwork received, STAEDTLER will donate €1 to a Plan International Germany project in Malawi. This initiative supports 950 girls by helping them access education through school fees, safe toilets, bicycles for travelling to school, and much more. Your participation has played a vital role in helping these young girls continue their education and grow into strong, independent women.
Thank you for colouring, creating and sharing your imagination with us. Every artwork and every participation has made this celebration truly special.
Congratulations to All Winners!
Kami dengan sukacitanya mengumumkan para pemenang pertandingan World Kids Colouring Day 2026:
🏆 Football, Friends & Colouring Fun
Nationwide Online Drawing & Colouring Contest
Congratulations to all winners whose creativity, imagination and artistic expression stood out among the many wonderful artworks submitted.
World Kids Colouring Day 2026 School Incentive Award
A special thank you to all participating schools for your incredible support and encouragement in inspiring students to participate.
Congratulations to the schools receiving the School Incentive Award!
Buy & Win Contest
Congratulations to all lucky winners of the World Kids Colouring Day Special Pack Buy & Win Contest! Thank you to everyone who supported the campaign and participated for a chance to win exciting prizes.
Once again, thank you to everyone who made World Kids Colouring Day 2026 a success. Your creativity, enthusiasm and support have helped make a difference both through inspiring young minds and supporting children in need.
We look forward to bringing you more creative and meaningful activities in the future!
Keep creating. Keep colouring. Keep inspiring.
About World Kids Colouring Day
For 18 years, World Kids Colouring Day has inspired children around the world to express themselves creatively and do good at the same time. What began as a simple drawing & colouring activity is now an international initiative that connects children across national borders through colour, imagination and joy.
In 2026, World Kids Colouring Day celebrates creativity with a theme that children immediately understand and love. "Football, Friends & Colouring Fun" form a universal language that brings people together and creates moments of happiness full of movement, community and creativity.
The theme for 2026 is "Football, Friends & Colouring Fun"
Football is played and loved all over the world. It stands for team spirit, fairness and friendship. Combined with painting, football becomes a powerful way for children to express feelings, ideas and stories, without words.
Children can draw football matches with friends, cheering fans, playful moments on the pitch or their very own colourful football world. Each picture shows joy, fantasy and the special moments that connect us with each other.
Making an impact together!
That is why STAEDTLER is working with Plan International Germany to support the Education Makes Girls Strong project in Malawi. The project helps girls to stay in school.
By participating in World Children's Coloring Day, children help other children. Every picture and every participating product supports projects that enable girls to have a future through education. Education opens doors, it is the first step out of poverty, the beginning of equality and the basis of every future.
Ready to make the world colorful
Grab your pens, round up your friends and let your imagination run wild. Paint colourful football moments full of fun, friendship and colour and help create a better future for children worldwide.
Take part in World Kids Colouring Day 2026 and paint the world together in a colourful way.
You might also be interested in:
BM
Pada tahun ini, kami telah menerima sebanyak 11,033 hasil karya daripada 10,207 kanak-kanak kreatif berusia 3–12 tahun dari seluruh Malaysia, menjadikan World Kids Colouring Day 2026 sebuah sambutan yang benar-benar memberi inspirasi dalam meraikan imaginasi dan kreativiti. Selain meraikan kreativiti, setiap hasil karya yang dihantar turut menyumbang kepada sebuah inisiatif yang bermakna.
Bagi setiap hasil karya yang diterima, STAEDTLER akan menyumbangkan €1 kepada projek Plan International Germany di Malawi. Inisiatif ini menyokong 950 orang kanak-kanak perempuan dengan membantu mereka mendapatkan akses kepada pendidikan melalui yuran persekolahan, kemudahan tandas yang selamat, basikal untuk perjalanan ke sekolah dan banyak lagi. Penyertaan anda telah memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak perempuan ini meneruskan pendidikan serta membesar menjadi wanita yang kuat dan berdikari.
Terima kasih kerana mewarnakan, mencipta dan berkongsi imaginasi anda bersama kami. Setiap hasil karya dan setiap penyertaan telah menjadikan sambutan ini begitu istimewa.
Tahniah Kepada Semua Pemenang!
Kami dengan sukacitanya mengumumkan para pemenang pertandingan World Kids Colouring Day 2026:
Pertandingan Melukis & Mewarna Dalam Talian Peringkat Kebangsaan
🏆 Football, Friends & Colouring Fun
Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya menyerlahkan kreativiti, imaginasi dan ekspresi seni mereka dalam kalangan pelbagai hasil karya hebat yang telah diterima.
Anugerah Insentif Sekolah World Kids Colouring Day 2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua sekolah yang mengambil bahagian atas sokongan, galakan dan komitmen yang luar biasa dalam memberi inspirasi kepada para pelajar untuk menyertai pertandingan ini.Tahniah kepada sekolah-sekolah yang menerima Anugerah Insentif Sekolah!
Peraduan Beli & Menang
Tahniah kepada semua pemenang bertuah Peraduan Beli & Menang Pek Istimewa World Kids Colouring Day 2026! Terima kasih kepada semua yang telah menyokong kempen ini dan mengambil bahagian untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.
Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan World Kids Colouring Day 2026. Kreativiti, semangat dan sokongan anda telah membantu mencipta perubahan bukan sahaja dengan memberi inspirasi kepada minda muda, tetapi juga dalam menyokong kanak-kanak yang memerlukan.
Kami berharap dapat terus membawakan lebih banyak aktiviti kreatif dan bermakna untuk anda pada masa akan datang!
Teruskan berkarya. Teruskan mewarna. Teruskan memberi inspirasi.
Mengenai World Kids Colouring Day
Selama 18 tahun, World Kids Colouring Day telah menginspirasikan kanak-kanak di seluruh dunia untuk mengekspresikan diri secara kreatif sambil melakukan kebaikan pada masa yang sama. Apa yang bermula sebagai aktiviti melukis dan mewarna sederhana kini telah berkembang menjadi inisiatif antarabangsa yang menghubungkan kanak-kanak merentasi sempadan melalui warna, imaginasi, dan kegembiraan.
Pada 2026, World Kids Colouring Day meraikan kreativiti dengan tema yang mudah difahami dan disukai oleh kanak-kanak. “Football, Friends & Colouring Fun” membentuk bahasa universal yang menyatukan orang ramai dan mencipta detik-detik kebahagiaan yang penuh dengan pergerakan, komuniti, dan kreativiti.
Tema untuk 2026: "Football, Friends & Colouring Fun“
Bola sepak dimainkan dan disukai di seluruh dunia. Ia melambangkan semangat berpasukan, keadilan, dan persahabatan. Apabila digabungkan dengan seni melukis, bola sepak menjadi cara yang kuat untuk kanak-kanak mengekspresikan perasaan, idea, dan cerita—tanpa perlu menggunakan kata-kata.
Kanak-kanak boleh melukis perlawanan bola sepak bersama rakan, penyokong yang bersorak, detik-detik bermain di padang, atau dunia bola sepak berwarna-warni ciptaan mereka sendiri. Setiap lukisan memaparkan kegembiraan, imaginasi, dan detik-detik istimewa yang menghubungkan kita antara satu sama lain.
Membuat Impak Bersama!
Itulah sebabnya STAEDTLER bekerjasama dengan Plan International Germany untuk menyokong projek Pendidikan Membuat Gadis Lebih Kuat di Malawi. Projek ini membantu kanak-kanak perempuan kekal di sekolah dan meneruskan pendidikan mereka.
Dengan menyertai World Kids Colouring Day, kanak-kanak membantu kanak-kanak lain. Setiap lukisan mereka dan setiap produk yang digunakan menyokong projek yang memberi peluang kepada gadis untuk membina masa depan melalui pendidikan. Pendidikan membuka pintu—ia adalah langkah pertama keluar daripada kemiskinan, permulaan kesaksamaan, dan asas kepada setiap masa depan.
Bersedia untuk Mewarnai Dunia
Ambil pen anda, kumpulkan rakan-rakan, dan lepaskan imaginasi anda! Lukis detik-detik bola sepak berwarna-warni yang penuh keseronokan, persahabatan, dan kreativiti, sambil membantu membina masa depan yang lebih baik untuk kanak-kanak di seluruh dunia.
Sertai World Kids Colouring Day 2026 dan mari kita mewarnai dunia bersama dengan penuh warna-warni!